Photobucket

Saturday 23 June 2012

KUALA LUMPUR


Kuala Lumpur....
datang bukan mengisi kekosongan,
cuma melewati waktu yg terluang,
untuk menyaksikan kau yg dikatakan gawat...
kerana tiap ruang mu semakin padat..
tiada damai lagi dikota mu ini,
kerana tiada tempat yg sunyi,
untuk berkhalwat mengisafi diri.
semuanya menyekatkan nafas didada,
menyesakan urat dan saraf dikepala,
bagaimana nak dilayan hati kalau begini..
otak pun tak mampu berfungsi..

Kuala Lumpur...
ketiadaan pun bukan mengurangkan,
semuanya sendiri dan bersorangan...
berpimpin tangan..tetapi jiwa terasing..
lihat dan hayatilah....
yang dibawah jejambat basah terbaring,
anak kecil menangis tiada pemilik,
perasaan ada, tersentuhnya tiada...
mereka memerhati dalam rayu...
ego kita berlalu bersama deru injin
kepala pun tidak bisa berpaling..
terlalu ramai berjiwa kosong,
menghuni didadamu...
wahai Kuala Lumpur!

~ Bahazelan ~

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,makasih ya sudi like ataupun komen !!




Copyright By DUNIA ADELL