Photobucket

Monday 4 June 2012

ANTARA ILUSI DAN REALITI






Di dalam ilusi ini,
sulaman jenakamu menjadi rindu,
anyaman selokamu menjadi kasih.
pintalan nasihat mu menjadi sayang,
yang sering berlabuh di tabir malam.

Di dalam ilusi ini,
rindu bersulam dalam tidur,
kasih di anyam dalam mimpi,
sayang berbelit pada diri,
menjadi memori di kesiangan hari...

Di dalam ilusi ini...
ku kejar bayang yang tak pasti,
ku peluk kehadiran tanpa rasa,
ku dengar nyanyian tanpa irama,
ku dengar pangilan tanpa suara,
menjadi melodi indah mengulik jiwa...

ilusi atau realiti kah ini?
kepuraan seakan tiada,
khayalan seakan nyata,
igauan menjadi gelora,
jiwa lena dalam buaian rasa!

Duhai Ilusi...
ingin ku ubah menjadi tekad,
ingin ku pinda menjadi hakikat,
biar ia menjadi realiti...
kerana aku tak ingin berilusi lagi..

~Bahazelan~ 5/6/12

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,makasih ya sudi like ataupun komen !!




Copyright By DUNIA ADELL