Photobucket

Friday 22 June 2012

SEPASANG MATA BUNDAR

Sepasang mata bundar,
redup renungannya menjauh,
dimata itu berkisar seribu kisah,
mampu bercerita tanpa suara,

sepasang mata bundar,
melirik menyingkap kasih,
berkelip menyantun manja,
pejam nya penuh rahsia..

sepasang mata bundar,
basahnya dengan airmata,
terjurai tanpa suara,
tapi faham maksudnya,
layu dalam redhanya,
sendu dalam nafasnya,
tiap kali terkedip kelopaknya,
saban kali itu menitis mutiara nya,
mengharap pengertian,
menanti jawapan,
biarpun dalam jiwa yg rawan,
agar menjadi suatu keputusan...

sepasang mata bundar..
lirikannya sering lari,
menyimpan rahsia tersembunyi,
sengsara di dada,
petanda di mata,
jeritan dihati,
lelehan jatuh dipipi..
bukan menagih simpati..
harapan ada yang mengerti,
akhirnya tidak berkelip lagi,

sepasang mata bundar,
menjadi kenangan yg kian pudar,
kerana kita tidak pernah mahu mengerti,
bahasa mata yang penuh teka teki...

~ Bahazelan ~

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,makasih ya sudi like ataupun komen !!




Copyright By DUNIA ADELL