Photobucket

Wednesday 11 July 2012

AKU HANYA SEHELAI DAUN


Daun itu tetap gugur satu...satu
tidak berinjak walau sedetik waktu,
senafas tak mengurang,
sehela pun tidak menambah,
kita kah daun yang gugur itu...

Satu daun itu pasti tertulis nama kita,
luruhnya menungu dan meniti waktu,
detiknya terlerai tidak kita ketahui,
redha lah dalam termenggu diri,
kerana telah datang Janji dari azzali,

Aku hanya sehelai daun,
keringnya semakin meruntun,
gugurnya lembut beralun,
menyapa diriba kekasih,
berbisik ditelinga bonda,
telah sampai masa mu..
kerana di daun yang kering ini..
tertera nama berbinti kan ibu,
maka ternoktah lah engkau di sini...
bersedialah untuk engkau dilupai..

~ Bahazelan ~

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,makasih ya sudi like ataupun komen !!




Copyright By DUNIA ADELL