Photobucket

Thursday 13 September 2012

SUNGAI YANG RINDU

Arus sungai ini semakin laju...
membawa segala isinya..
menerjah dinding tebing... 
melangar anak-anak bakau..
membawa rindu mu kepada muara dan kuala..
merubah segala batu dan pasir didasar mu..
miski warna mu kuning dan berlumpur..
kau hilang pedoman dan hanyut tanpa sedar..

wahai sungai,
rasa mu kelat dan tawar..
bau mu hanyir berlumpur..
sedangkan laut dikuala itu masin dan berkilau..
hadirmu hanya memeningkan seluang dan bebuluh,
namun kau terjah jua demi kasih mu..
kepada laut yang begitu gah..
laut tetap masin walau kau cuba merubah!
kerana itu lah jodoh dan takdirmu... 
muara dan kuala tersenyum ...
melihat kau kehilangan wajah..



~ Bahazelan ~

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum,makasih ya sudi like ataupun komen !!




Copyright By DUNIA ADELL