Salam
Buat pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang.
Allah-hu-akbar. ...
Keajaiban di peperangan Gaza
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul
Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari
yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di
Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika
satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak
kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan
baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut
dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para
pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba
senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh
itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan
siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera
mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian
putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang
berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba
dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza
mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah
balik!
Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,
tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa
yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu
dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang
dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu
pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh
al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas
misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan
tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan
serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah
membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama
penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad
tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus
berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan
Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan
Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan
oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang
pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari
kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :
1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada
bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu
ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba
burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu
akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para
Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa
ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera
Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara
sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat
melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan
mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang
dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi
(sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak
ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya
melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang
mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai
pakaian ala tentera seperti biasa.
5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa
kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam
Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang
lelaki.
6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan
lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi
lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja).
Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama
serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya,
Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati
jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid
Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan
pemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di
ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka
bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu,
sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .